Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kadar siling caj doktor ditetapkan

Kerajaan bersetuju menyemak semula caj profesional untuk pengamal perubatan, doktor dan pakar perubatan dengan menetapkan kadar bayaran siling bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta di seluruh negara.
Pesakit dijangka perlu bayar antara 20 hingga 30 peratus lebih tinggi
 
Difahamkan, langkah itu bertujuan memantapkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan negara melalui penetapan kadar siling bagi bayaran profesional pengamal perubatan, doktor dan pakar, yang dikenakan kepada pesakit di klinik dan hospital swasta.
Jika diluluskan, orang ramai dijangka perlu membayar antara 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada caj sekarang selepas kadar itu tidak dikaji selama kira-kira 10 tahun.
Penetapan bayaran siling baru itu akan dilaksanakan menerusi pindaan Jadual Ke-13 mengenai Bayaran Profesional, Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) Peraturan 2006 dan jika diluluskan, seramai kira-kira 7,000 pengamal perubatan swasta akan menikmati bayaran baru untuk perkhidmatan mereka.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengesahkan cadangan semakan semula bayaran itu, berkata pindaan berkaitan sudah siap dan menunggu masa untuk dibentang ke Kabinet dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kadar semakan semula bayaran profesional dicadangkan Kementerian Kesihatan, sebaliknya memberi jaminan tidak membebankan rakyat.
Namun, difahamkan kadar kenaikan dua hingga tiga peratus setahun itu seperti dicadangkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang turut menyumbang input kepada cadangan semakan semula bayaran itu.
“Pindaan atau semakan semula itu dibuat selepas kementerian mengambil kira bayaran kepada doktor yang sudah lama tidak dikaji hampir 10 tahun. Memang ada permohonan untuk meningkatkan kadar yuran profesional terutama di kalangan pengamal perubatan swasta.
“Yuran pakar juga akan dipertimbangkan. Namun, kelulusannya tertakluk persetujuan Kabinet kerana kita tidak mahu ia membebankan rakyat, sebaliknya menguntungkan semua pihak dengan kualiti khidmat kesihatan lebih baik,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas cadangan semakan semula bayaran profesional bakal dilaksanakan tidak lama lagi selepas kali terakhir kerajaan mengkaji bayaran itu pada 2002.
Ketika ini kadar bayaran profesional bagi doktor dan pakar perubatan dikawal dan ditetapkan kementerian yang perlu dipatuhi setiap pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
Justeru itu amatlah digalakkan supaya setiap rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insuran perubatan. Jika anda mahu tahu syarikat insuran yg paling hebat dalam penawaran kad perubatan boleh rujuk sini.
,
One comment to “Kadar siling caj doktor ditetapkan”
  1. Hello. I have checked your greatakaful.com and i see
    you’ve got some duplicate content so probably it is the reason that you don’t rank high in google.
    But you can fix this issue fast. There is a tool that rewrites articles like human,
    just search in google: miftolo’s tools

Leave a Reply

Your email address will not be published.