Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Korang Ada RM36 Ribu Cash Tak?

“Korang ada RM36,000 cash tak?”

“Takde..” Nothing much I can say kalau korang takde duit sebanyak tu sebab aku rasa tak ramai pun sebenarnya yang ada cash banyak tu dalam saving (termasuk aku.. huhuhu).
Sebenarnya itulah amaun yang ditunjukkan oleh salah seorang member sekolah rendah aku masa aku mengeteh dengan diorang malam raya hari tu dan amaun tersebut bukanlah jumlah duit yang dia ada dalam saving account dia sebaliknya bil hospital di salah satu pusat rawatan pakar yang perlu dibayar oleh client dia untuk memasukkan ‘balloon‘ ke dalam salah satu injap jantung dia yang tersumbat.
Beliau yang merupakan seorang ejen insuran cuba untuk memberi kesedaran (bukan promote) tentang perlunya insurans/takaful dalam hidup kita. Itu kalau satu injap.. bagaimana pula kalau keempat-empat injap yang tersumbat. Jawabnya, korang standby je la dalam RM144,000 (RM36K X 4). The most pun yang korang boleh buat selain dari membuat pinjaman is refinance/jual je rumah yang korang ada, betul tak? Hmmm..
Kami (aku dan 5 orang member yang lain) yang pada mulanya cuba avoid untuk ‘dipancing’ oleh member aku ni sebaliknya terus tertarik untuk membicarakannya dan out of 6 yang ada pada malam tu, hanya aku dengan Cikgu Kamil je yang ada medical card (insurans/takaful). The rest.. samaada polisi diorang dah lapsed atau pun memang tak pernah ada.
Mereka ini semua rasa terpanggil untuk buat next appointment dengan member aku tu memandangkan usia diorang yang dah makin lanjut tambahan pula hampir setiap hari kepulan asap rokok ‘menyucikan’ paru-paru diorang, mana tak gabra jadinya. Atas sebab inilah sebenarnya aku lebih mementingkan untuk membayar premium insurans dari membeli kereta.. hehe.
Sorry beb aku bukannya nak promote korang suruh amik insurans/takaful sebab aku tahu pasti ada yang mempunyai pengalaman ‘ngeri’ bila deal dengan insurance claim dan sebagainya, tetapi pastikanlah yang sekurang-kurangnya korang ada critical illnesses policy sebagai ‘payung’ korang supaya korang takkan menggelabah bila nak kena come out dengan RM36,000 tu.
Ramai orang rasa hebat ditanggung halal semua bil hospital bila kerja dengan kompeni besar TETAPI ramai yang tak tahu apabila sudah pencen atau berumur, takde syarikat insuran yang nak bagi atau terima permohonan untuk mendapatkan medical card untuk kita. Penyakit itu datang bila kita sudah pencen.. so ketika muda lah kena ambil insuran. Expect the unexpected!
 
Korang ada tak 36 Ribu tu? kalau takde boleh Get your quot here
,

Leave a Reply

Your email address will not be published.