Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Warkah dari saya..

*Please read carefully until the end of letter..this is so true..

Salam Sejahtera,

Saya polisi insuran Hayat anda.

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

Sekarang ini, anda sedang melaksanakan tugas anda. Menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk meyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan tuhan diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, anda dan saya mungkin bertukar tempat.

Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyambung dan menyempurnakan tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepada anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukan.

Apabila tugas anda telah selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti dan melalui saya, cinta anda terhadap keluarga tetap menyerlah.

Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan saya sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih baik untuk anda dan keluarga anda daripada apa yang anda lakukan untuk saya.

Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya

Yang benar,

Polisi hayat

P/s: Interested to know more? Get your quot here

 

,

Leave a Reply

Your email address will not be published.